Kad kredit: bagaimana memilih dan gunakannya dengan bijak
Apa itu kad kredit?
Kad kredit adalah kad pembayaran yang membolehkan anda membuat pembelian atau pengeluaran tunai menggunakan had kredit yang diberikan oleh bank. Sistemya berfungsi secara “belanja dulu, bayar kemudian”, dan anda seterusnya perlu membuat bayaran balik pada hujung kitaran bil.
Kelebihan kad kredit
Kenapa kad kredit menjadi pilihan ramai pengguna?
- Kemudahan Berbelanja: Tidak perlu bawa tunai
- Tempoh Tanpa Faedah: Sehingga 45 hari tanpa caj faedah jika bayar penuh pada masa ditetapkan
- Ganjaran & Cashback: Dapatkan mata ganjaran, rebat tunai atau diskaun untuk setiap transaksi
- Pembayaran Ansuran 0%: Sesuai untuk pembelian besar seperti peralatan rumah & elektronik
- Insurans & Perlindungan Perjalanan: Banyak kad kredit datang dengan perlindungan percuma
Keburukan kad kredit
Walaupun banyak faedah, kad kredit juga ada risikonya:
- Hutang Bertimbun: Jika tidak kawal penggunaan dan hanya bayar minimum, hutang boleh meningkat dengan cepat kerana kadar faedah tinggi (15-18% setahun)
- Caj Tersembunyi: Yuran tahunan, caj kelewatan, caj pengeluaran tunai
- Penggunaan Berlebihan: Mudah berbelanja lebih dari kemampuan sebenar
Jenis kad kredit di Malaysia
Terdapat pelbagai jenis kad kredit yang ditawarkan oleh bank tempatan.
Contohnya:
- Kad Kredit Maybank: Sesuai untuk cashback & mata ganjaran
- Kad Kredit CIMB: Popular untuk rebat petrol & restoran
- Kad Kredit Public Bank: Dikenali dengan kadar faedah rendah
- Kad Kredit Islamic (Bank Islam, HSBC Amanah): Patuh syariah tanpa caj riba
Pilih kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup anda — sama ada anda suka travel, shopping, atau perlukan cashback.
Cara pilih kad kredit terbaik
Sebelum mohon kad kredit, tanya diri anda soalan ini:
- Apakah tujuan utama anda guna kad kredit?
- Travel? Cari kad yang beri mata ganjaran penerbangan
- Shopping? Pilih kad dengan cashback tinggi
- Petrol? Cari kad dengan rebat petrol terbaik
Selain itu semak juga hal berikut:
- Kadar Faedah: Semak kadar faedah tahunan (APR)
- Yuran Tahunan: Banyak kad kini percuma seumur hidup
- Ganjaran & Promosi: Bandingkan program loyalty & mata ganjaran
Tips cara guna kad kredit dengan selamat
- Bayar baki penuh setiap bulan: Elak caj faedah
- Elak pengeluaran tunai: Caj tinggi dikenakan
- Tetapkan had perbelanjaan: Jangan guna lebih dari kemampuan bayar
- Semak penyata kad kredit setiap bulan: Pastikan tiada transaksi mencurigakan
Soalan lazim tentang kad kredit
Siapa layak mohon kad kredit?
Warganegara Malaysia dengan pendapatan minimum RM2,000 – RM3,000 sebulan (bergantung bank)
Boleh mohon lebih dari satu kad kredit?
Boleh, tetapi pastikan anda mampu urus semua akaun dengan baik
Adakah kad kredit patuh syariah ada caj riba?
Tidak. Kad kredit Islamic gunakan konsep patuh syariah seperti tawarruq tanpa unsur riba
Kad kredit adalah alat kewangan yang hebat jika digunakan dengan bijak
Penggunaan kad kredit memudahkan kehidupan tetapi memerlukan disiplin kewangan yang baik. Pilih kad yang sesuai dengan gaya hidup anda, gunakan dengan bijak, dan bayar tepat pada masa untuk elakkan masalah hutang.
Nak pilih kad kredit yang paling sesuai?
Disemak oleh mcAlly
pada
Sabtu, Julai 19, 2025
Rating:
